MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-42 PERTANDINGAN BERCERITA SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID PESERTA SYED AQIL BIN SYED AKHMAR WAKIL JOHAN PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PERINGKAT KEBANGSAAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH (2) ZON BANGSAR KUALA LUMPUR

Tuesday, March 24, 2009

Penyampaian Hadiah Sempena Minggu Anti Dadah Sekolah

Pada 16 haribulan Mac 2009, Sempena Minggu Anti Dadah pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan mewarna bagi tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3. Manakala pertandingan melukis kepada kategori tahap 2 iaitu tahun 4 hingga 6. Sambutan yang diterima oleh murid sekolah amat membanggakan dan terdapat banyak penyertaan oleh setiap golongan murid. Maka pada 23 haribulan Mac 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (2) telah menjalankan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang semasa upacara perhimpunan rasmi sekolah yang telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru-guru lain. Berikut ialah gambar yang telah dirakamkan.









No comments:

Post a Comment